MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

03 Disember 2009

Liku

Liku-liku ini,
Bersegi, bersimpang -siur
Mendatar, dan berjuram
Menyesakkan dada melaluinya

Liku ini juga menjadi pilihan
Laluan utama meneroka
Langkah demi langkah menyusuri
Demi menuju ke destinasi

Liku yang bersimpang dua
Membuat ralat untuk memilih
Dua lorong dipersimpangan
Umpama neraka dan syurga

26 Oktober 2009

PENDAPAT TENTANG ASAL USUL BAHASA MELAYU

BERASAL DARI ASIA TENGAH

R.H GELDERN
Ahli prasejarah, berasal dari Wien Austria

Membuat kajian terhadap kapak tua ( beliung batu)
Menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang
Bentuk dan jenis kapak yang sama ditemui di beberapa kawasan nusantara.
Geldren merumuskan ( kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia tengah ke Kepulauan Melayu)


J.H.C. KERN
Ahli fisiologi Belanda
Fasih dalam bahasa Sanskrit dan bahasa Austronesia
Membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutamanya tumbuh-tumbuhan ,haiwan dan nama perahu.

Hasil kajian :
Perkataan yang terdapat di kepulauanFilipina, Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik.
Contoh perkataan "bulu, padi, rotan, nyiur".


W.Marsden
Mendapati Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia merupakan bahasa yang serumpun.

E.Aymonier dan A. Cabaton
Bahasa Campa serumpun dengan Bahasa Polinesia

Hamy
Bahasa Melayu dan Bahasa Campa merupakan warisan daripada Bahasa Melayu Kontinental.

J.R.Foster
Kajian adalah berdasarkan pembentukan kata

Pendapat J.R.Foster:
Terdapat kesamaan pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia
Kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamai Melayu Polinesia Purba.



BAHASA MELAYU KLASIK

  • Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke 13 dan berakhir pada abad ke-19
  • Diasaskan ketika zaman penubuhan Kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh iaitu Kerajaan Samudera Pasai.
  • Bahasa ini merupakan kesan langsung daripada kedatangan agama islam dan kebudayaan islam.
  • Permulaan bahasa ini ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu (702H) bersamaan 1303 Masihi.
  • Pada awal abad ke -14 juga dikatakan bahawa bahasa Melayu Klasik muncul dengan tulisan jawi.


Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik
  • Ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit
  • Banyak menggunakan ayat pasif
  • Menggunakan bahasa istana
  • Menggunakan kosa kata klasik seperti "ratna mutu manikam"
  • Banyak juga menggunakan kata pangkal ayat ( hatta, sebermula, alkisah, adapun )
  • Ayat yang diterbitkan adalah ayat songsang
  • Kerap menggunakan partikel pun dan lah.

BAHASA MELAYU KUNO

  • Bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa sanskrit ( kosa kata )
  • Bahasa ini gemilang ketika Kerajaan Srivijaya" pada abad ke 7- 13
  • Bukti kegemilangannya , telah menjadi lingua Franca dan bahasa pemerintah

Bukti berdasarkan penemuan batu bersurat :
  1. Di Kedukan Bukit , Palembang ( 683SM)
  2. Di Talang Tuwo, Palembang ( 684M)
  3. Di Kota Kapur, Pulau Bangka ( 686M)
  4. Di Karang Brahi , Jambi ( 686M)
  5. Di Gandasuli, Jawa Tengah ( 832M )

Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno
  1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
  2. Susunan ayat bersifat Melayu
  3. Bunyi "b" ialah "w" dalam bahasa melayu kuno ( bulan-wulan)
  4. Bunyi "e" pepet tidak wujud ( dengan - dngan atau dangan )
  5. Awalan ber- ialah mar- dalam melayu kuno
  6. Awalan di- ialah ni ( diperbuat - niparvuat)
  7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasi ( bh,th,ph,dh,kh)
  8. Huruf "h" hilang dalam bahasa moden (semua-samuha, saya- sahaya)

Tulisan Melayu Kuno
  • Tulisan yang berasal dari India ( Devanagiri dan Pallava)
  • Tidak mempunyai pengaruh bahasa Arab.

12 Oktober 2009

Duka Bertandang Lagi

Air mata menitis lagi
Ibarat hujan yang tak diundang
Hati merana meratap pilu
Dek perbuatan mu teman

Luka ini baru sembuh
Kau gores kembali dengan pisau kebencianmu
Mata mu merah menyala