MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

27 Mei 2009

APAKAH KATA DAN FRASA?

Jika dilihat secara seimbas lalu, mungkin ada yang boleh membezakan kata dan frasa. Namun demikian, ramai juga yang masih tidak dapat membezakan kata dan frasa.
Apabila diajukan soalan "Apakah itu kata dan frasa?" Antara jawapan yang sering diberikan ialah komponen asas dalam pembentukan ayat. Ya, memang tidak dinafikan, kata merupakan komponen dasar yang membentuk subjek dan predikat dan seterusnya membentuk sebuah ayat dasar.
Bagi menjawab persoalan di atas, cuba teliti semula tatatingkat atau pun peringkat dalam tatabahasa Melayu. Rujuk aspek peringkat susunannya.

Ayat = merupakan unit yang paling tinggi,lengkap makna dan binaannya.
Klausa = sebelum ayat. boleh terdiri daripada klausa bebas dan tak bebas
Frasa = sebelum kluasa.
Perkataan/kata= merupakan unit paling kecil.

Contoh :
Kata = anak
Frasa = anak orang itu

  1. Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.
  2. Kata merupakan unit terkecil dalam tatabahasa. Kata juga terdiri daripada beberapa jenis. Contohnya ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
  3. Kata boleh wujud dalam bentuk ganda, majmuk, terbitan dan tunggal. Kata juga yang akan membentuk frasa.

0 ulasan: