MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

14 Mei 2009

MINGGU 1 BMM3110

Bahagian – Bahagian Ayat

Tiap – tiap ayat mesti  terdiri daripada 2 bahagian atau lebih

Bahagian 1 : benda atau subjek

Bahagian 2 : cerita atau predikat

 

·         Istilah subjek bagi benda dan predikat bagi cerita.

·         Ayat yang paling pendek terdiri daripada satu patah perkataan saja.

·         Ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan ialah ayat perintah.

 

Subjek

·         Subjek ialah benda , manakala predikat ialah cerita.

·         Istilah lain untuk subjek ialah hal, dan istilah lain untuk predikat ialah perihal.

·         Subjek ialah perkara yang diceritakan

·         Predikat ialah cerita berkenaan subjek.






 CONTOH AYAT                                                                                                                                                                    

1. Proton ialah Perusahaan Automobil Negara

Subjek : Proton

Predikat : ialah Perusahaan Automobil Negara

 

2. Rumah kayu itu rumah saya

Subjek : rumah kayu itu

Predikat : rumah saya

 

3. Bunga tanjung boleh ditanam dengan mudah

Subjek : Bunga tanjung

Predikat : boleh ditanam dengan mudah

 

Unsur – unsur subjek

·         Subjek mestilah terdiri daripada golongan  orang, benda atau perkara.

Contohnya

Subjek                      Predikat

Dia ( orang )             guru

Bunga itu ( benda ) harum baunya

Pensel ( benda )      di atas meja.

Tupai ( benda )        melompat dari satu dahan ke satu dahan

 Subjek dalam ayat susunan biasa

·         Ayat yang disusun secara biasa ialah ayat aktif

·         Dalam ayat susunan biasa, subjek sentiasa diletakkan pada bahagian pangkal ayat.

Contoh :

Nelayan menangkap ikan

Subjek : Nelayan

Predikat : menangkap ikan

 

Rohana menjahit baju kurung

Subjek : Rohana

Predikat : menjahit baju kurung

 

Budin terjun ke dalam sungai

Subjek : Budin

Predikat: terjun ke dalam sungai

 

Subjek dalam susunan ayat songsang

·         Ayat songsang ialah ayat yang susunannya diterbalikkan iaitu bahagian yang didepan dipindahkan ke belakang, dan bahagian yang dibelakang dipindahkan  ke depan.

Contoh :

Susunan biasa        : Kucing memakan ikan

Susunan songsang           : Ikan dimakan oleh kucing

 

Susunan biasa        : Budin memanjat pokok

Susunan songsang           : Pokok dipanjat oleh Budin

Ayat susnan biasa menggunakan kata kerja yang ada imbuhan me-

 

Contoh ayat biasa yang menggunakan imbuhan me-

·         Laily memakai tudung

·         Emak mencuci baju

·         Adik membaca buku

 

Jika ayat biasa disongsangkan, ayat itu menggunakan kata kerja yang ada imbuhan di-

 Contoh ayat songsang yang menggunakan imbuhan di-

·         Tudung dipakai oleh Rohani

·         Baju dicuci oleh emak

·         Buku dibaca oleh adik

 

Predikat

·         Predikat ialah bahagian ayat yang mengandungi cerita.

·         Cerita itu ialah berkenaan benda, orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek

Predikat mempunyai 4 fungsi :

·         Memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda . ( frasa nama )

·         Memberitahu apa yang dilakukan oleh benda ( frasa kerja )

·         Memberitahu sifat – sifat benda itu .( frasa adjektif )

·         Memberitahu di mana, ke mana, mengapa, bagaimana, dengan siapa dan bila. ( frasa sendi )

Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri daripada mana – mana satu daripada 4 jenis frasa dibawah.

·         Frasa nama

·         Frasa kerja

·         Frasa sifat

·         Frasa sendi

 

Ayat Dasar

·         Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber  bagi pembentukan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa
Walaupun terdapat berbagai –bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.

·         Pola – pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.

·         Daripada pola – pola ayat itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk,ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

·         Dalam  bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis.

·         Dengan berpandu pada jenis – jenis unsur yang hadir sebagai konstituen  ayat – ayat  itu, iaitu jenis – jenis subjek dan predikatnya.

·         Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh 4 jenis unsur yang berbeza , iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

 Konsep Ayat Terbitan

·         Penerbitan sesuatu ayat disini dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

·         Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur –unsur struktur dalaman.

 

SUSUNAN AYAT

Susunan Biasa

1.    Susunan biasa ayat bahasa Melayu ialah unsur subjek mendahului unsur predikat          ( S+P).

2.    Bahagian yang menjadi subjek itu merupakan bahagian yang diterangkan manakala bahagian predikat pula ialah bahagian yang menerangkan subjek tersebut.

3.    Susunan biasa dalam ayat dapat berlaku pada semua jenis ayat, sama ada ayat tersebut ialah ayat tunggal atau ayat majmuk.

4.    Bagi ayat dasar, susunan ayat mestilah dalam susunan biasa kerana cirri ayat dasar berstruktur S+P.

5.    Dalam ayat tunggal pula, susunannya boleh dalam susunan biasa mahupun songsang.

6.    Namun begitu, susunan ini dapat diubah kepada susunan Predikat + Subjek. Dalam hal ini, susunan yang terhasil dikenal sebagai susunan songsang.

 Susunan Songsang

1.    Ayat yang mengandungi susunan songsang disebut ayat songsang atau ayat terbalik.dalam hal ini ayat yang terhasil itu tidak mengikut susunan biasa, iaitu susunan subjek-predikat. Sebaliknya susunannya ialah predikat-subjek.

2.    Pendepanan predikat di depan subjek berlaku apabila unsur dalam konstituen predikat itu hendak diberi penegasan. Apabila penegasan atau penekanan hendak diberikan kepada mana-mana unsur, maka unsur-unsur itu didahulukan.

3.    Oleh hal demikian, susunan songsang wujud apabila unsur-unsur dalam konstituen predikat dipindahkan ke depan subjek melalui proses pendepanan atau penjudulan .

 

Bentuk Ayat Songsang

1.    Pendepanan konstituen dengan ayat songsang dilakukan untuk memberi penegasan pada bahagian ayat tertentu.

2.    Yang hendak hendak ditegaskan itu mungkin keseluruhan predikat atau unsur tertentu dalam konstituen predikat.

3.    Dengan demikian proses pendepanan dapat dilakukan pada :-

a)    Seluruh predikat

b)    Sebahagian unsur dalam predikat

c)    Ayat tanya

d)    Ayat majmuk

e)    Pendepanan terbahagi.

Pendepanan seluruh predikat

Susunan biasa dapat diterbalikkan untuk tujuan penekanan.

Dalam hal ini, seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek.

Contoh : Kakak saya jururawat ( susunan biasa )

               Jururawat kakak saya ( susunan songsang )

Pendepanan sebahagian unsur dalam predikat

1.    Sebahagian unsur dalam predikat boleh dikedepankan di hadapan subjek yang  melibatkan pendepanan :-

a)    Frasa kerja

b)    Frasa adjektif

c)    Frasa sendi nama

Pendepanan frasa kerja

Pendepanan frasa kerja dapat dilakukan pada kata kerja tak transitif , kata kerja dengan objek, atau kata bantu dengan kata kerja tak transitif.

Pendepanan kata kerja tak transitif

a)    Kanak – kanak itu bermain di padang.( susunan biasa )

b)    Bermain kanak – kanak itu di padang. ( setelah berlakunya proses pendepanan )

Pendepanan kata kerja dengan objek

a)    Pekerja itu membaiki kereta dibengkel

b)    Membaiki kereta pekerja itu di bengkel

 

Ø  Pendepanan kata kerja transitif aktif dengan objek seperti contoh di atas sering dilakukan dengan menukarkan bentuk ayat aktif kepada ayat pasif.

Ø  Lantaran itu, ayat pasif juga boleh dinamai ayat songsang kerana dalam ayat pasif, unsur predikat iaitu objek mengalami pendepanan.

Contohnya :

a)    Kebanyakan pelajar menjelaskan yuran ( ayat aktif )

b)    Yuran dijelaskan oleh kebanyakkan pelajar ( ayat pasif, ayat songsang )

Pendepanan kata bantu dengan kata kerja tak transitif

a)    Abang belum pulang dari sekolah

b)    Belum pulang abang dari  sekolah

Pendepanan kata bantu dengan kata kerja transitif tidak dapat dilakukan kerana struktur yang terhasil diragui kegramatisannya (tanda ? di depan ayat menandakan ayat itu diragui kegramatisannya), selain boleh menimbulkan kesukaran dalam mentafsir makna ayat.

Contohnya :

a)    Guru itu pernah mengajar saya di tingkatan satu

b)    ? Pernah mengajar saya guru itu di tingkatan satu.

Sebaliknya, struktur ayat di atas sering digantikan dengan struktur pasif seperti berikut :

a)    Saya pernah diajar oleh guru itu di tingkatan satu

 

Pendepanan frasa adjektif

Predikat frasa adjektif boleh berada di depan dengan cara dikedepankan kata adjektif sahaja, atau kata bantu dengan kata adjektif

Pendepanan kata adjektif sahaja

a)    Halimah cantik sejak dulu

b)    Cantik Halimah sejak dulu

Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif

a)    Orang kaya belum tentu bahagia

b)    Belum tentu bahagian orang kaya

 Pendepanan frasa sendi nama

1.    Predikat frasa sendi nama boleh juga dipindahkan ke bahagian hadapan sebelum subjek ayat.

2.    Frasa sendi nama yang boleh dikedepankan ialah frasa sendi nama sebagai predikat atau frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan

Pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat

a)    Komala dari sekolah

b)    Dari sekolah Komala

Pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan

a)    Suzana melukis dengan cat

b)    Dengan cat suzana melukis

Pendepanan dalam Ayat Tanya

1.    Predikat dalam ayat tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang berlainan.

2.    Dalam hal ini, ayat tanya itu tidak disertai kata tanya.

a)    Zakaria ketua pelajar?

b)    Ketua pelajar Zakaria?

Struktur ayat tanya dengan kata tanya boleh bersusunan songsang dan kata tanya itu berada pada posisi awal ayat.

a)    Nama kamu siapa?

b)    Siapa nama kamu?

Pendepanan dalam Ayat Majmuk

1.    Bahagian – bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.

 

Pendepanan dalam ayat gabungan

a)    Samad ke sekolah atau ke padang

b)    Ke sekolah atau ke padang Samad

Pendepanan dalam ayat relatif

a)    Budak yang berdiri itu adik saya

b)    Adik saya budak yang berdiri itu

Pendepanan dalam ayat komplemen

a)    Untuk melakukan tugas itu memang sukar

b)    Memang sukar untuk melakukan tugas itu.

Pendepanan dalam ayat keterangan

a)    Dia tidak dating kerana neneknya sakit

b)    Kerana neneknya sakit dia tidak datang

 

Pendepanan terbahagi

1.    Penyongsangan cara ini melibatkan sebahagian predikat dikedepankan dan sebahagian yang lain di hujung ayat sesudah subjek.

a)    Kita patut berserah kepada Tuhan saja

b)    Kepada Tuhan saja kita patut berserah.

 

0 ulasan: