MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS

27 Mei 2009

Assalamualaikum..
Saya sering bermonolog serta memikirkan beberapa perkara. Terutamanya isu yang melibatkan penggunaan bahasa yang sering mewujudkan dua makna iaitu positif dan negatif.
Keadaan ini sering wujud, terutamanya dalam komunikasi lisan yang menggunakan bahasa selanga, bahasa pasar dan pelbagai laras yang lain.
Penggunaan bahasa yang membawa tafsiran negatif yang akan memberi kesan buruk, apatah lagi jika penuturnya tidak berniat kepada perkara negatif. Oleh yang demikian harus faham dan menerima bahasa dalam pengucapan, hendaklah menggunakan bahasa yang betul supaya tidak wujud unsur prasangka di pihak yang lain. Dalam masa yang lain, janganlah terlalu sensitif dan berfikiran negatif, malah cuba untuk berfikiran positif dan menerima penggunaan bahasa dengan memahami mesej yang sebenar kerana hakikatnya bahasa mempunyai pelbagai ragam.
Pandang ke hadapan, imbas memori sekadar pedoman, namun jangan berundur.

PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR

Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu perkataan untuk subjek dan satu perkataan untuk predikat?

Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar atau tidak ayat dasar boleh bersifat sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah "Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya mengatakan ya,terlebih dahulu, cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa - frasa yang membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar.

Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai pola yang tersendiri.

Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu

FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN

Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.

Bukti 1 : FN + FN

Subjek + Predikat
Arisa guru.

  1. Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta daripada aspek makna ayat tersebut.
  2. Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala frasa guru juga merupakan frasa nama.
  3. Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.

Bukti 2 : FN + FK

Subjek + Predikat
Ayah tidur.

  1. Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak berpelengkap.
  2. Ayat ini lengkap daripada aspek makna.
  3. Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.
  4. Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujud dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada aspek makna adalah tidak lengkap.

Bukti 3 : FN + FA

Subjek + Predikat
Adik nakal.

  1. Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu perkataan.
  2. Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur keterengan,penguat dan kata bantu.

Bukti 4 : FN + FSN

Subjek + Predikat
Dia ke kampung.

  1. Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi predikatnya tidak.
  2. Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi dan frasa nama.
  3. Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama.
  4. Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh hanya satu perkataan .

APAKAH KATA DAN FRASA?

Jika dilihat secara seimbas lalu, mungkin ada yang boleh membezakan kata dan frasa. Namun demikian, ramai juga yang masih tidak dapat membezakan kata dan frasa.
Apabila diajukan soalan "Apakah itu kata dan frasa?" Antara jawapan yang sering diberikan ialah komponen asas dalam pembentukan ayat. Ya, memang tidak dinafikan, kata merupakan komponen dasar yang membentuk subjek dan predikat dan seterusnya membentuk sebuah ayat dasar.
Bagi menjawab persoalan di atas, cuba teliti semula tatatingkat atau pun peringkat dalam tatabahasa Melayu. Rujuk aspek peringkat susunannya.

Ayat = merupakan unit yang paling tinggi,lengkap makna dan binaannya.
Klausa = sebelum ayat. boleh terdiri daripada klausa bebas dan tak bebas
Frasa = sebelum kluasa.
Perkataan/kata= merupakan unit paling kecil.

Contoh :
Kata = anak
Frasa = anak orang itu

  1. Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.
  2. Kata merupakan unit terkecil dalam tatabahasa. Kata juga terdiri daripada beberapa jenis. Contohnya ialah kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
  3. Kata boleh wujud dalam bentuk ganda, majmuk, terbitan dan tunggal. Kata juga yang akan membentuk frasa.

21 Mei 2009

Menurut AB.Rahman AB.Rashid dan Yap Kim Fatt, dalam buku Bahasa Melayu Komunikasi 1


Frasa Kerja

  • Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat.
  • Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan.
  • Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagai intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif.
  • Kata kerja transitif diikuti oleh objek ,manakala kata kerja tak transitif tidak perlu diikuti oleh objek.


Binaan Frasa Kerja

1. Frasa kerja tanpa objek

2. Frasa kerja dengan objek


Frasa Kerja tanpa Objek

  • Dalam frasa kerja tanpa objek, kata kerjanya tidak perlu diikuti oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.
  • Frasa kerja ini mengandungi kata kerja tak transitif.
  • Contohnya:

Frasa Nama

Frasa Kerja

Dia

sedang menyanyi

Bangunan itu

runtuh perlahan –lahan

Hujan

turun dengan lebatnya

Ahmad

mandi disungai


Frasa kerja tanpa objek terbahagi kepada 2 :-

  1. Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan yang boleh digugurkan.
  2. Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan yang boleh digugurkan.

Contoh:

  • Sedang mandi ( di sungai itu )
  • Akan tidur ( di bilik itu )
  • Sudah pergi ( ke pasar )

Frasa kerja tanpa objek dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

  • Berada di dalam rumahnya
  • Berbantalkan lengan
  • Tinggal di Tanjung Pisang


Frasa Kerja dengan Objek

  • Dalam frasa kerja yang mengandungi objek, kata kerjanya harus diikuti oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.
  • Frasa kerja ini mengandungi kata kerja transitif.
  • Frasa kerja dengan objek boleh terdiri daripada dua binaan, iaitu dengan satu objek atau dua objek.


Frasa Kerja dengan Satu Objek

· Dia memarahi kami.

· Saya menjawab surat itu.

· Penumpang itu terus menaiki feri.

Frasa Kerja dengan Dua Objek

  • Frasa kerja yang mengandungi dua objek terdiri daripada objek yang menjadi penyambut langsung yang dipanggil objek tepat dan yang tidak menjadi penyambut langsung kepada kata kerja yang disebut objek sipi.
  • Contohnya :
    1. Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya.

Objek tepat = rahmat

Objek sipi = makhluk-Nya

    1. Emak memasak makanan untuk kami

Objek tepat = makanan

Objek sipi = kami

Selain daripada kata kerja sebagai intinya dan objek sebagai penyambut kata kerja, frasa kerja boleh diberikan unsur kata bantu


Kata Bantu Aspek

iaitu yang menunjukkan kala atau waktu kata kerja itu dilakukan seperti : akan, belum,masih, sedang, sudah,


Kata Bantu Ragam

iaitu yang menunjukkan ragam perbuatan yang dilakukan seperti : boleh, dapat, harus, hendak, mahu dan mesti.

Frasa kerja juga boleh diberikan unsur keterangan, iaitu keterangan arah, tempat, alat, bagai,cara, hal, penyertaan, tujuan, dan waktu

Menurut Raminah Haji Sabran, dalam bukunya Kecekapan berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia ( untuk Pelatih Maktab Perguruan )

Frasa kerja ( FK )

· FK merupakan unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat dan frasa ini boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan.

· FK mengandungi kata kerja transitif ataupun kata kerja tak transitif.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, dalam buku Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan


Frasa Kerja

Frasa kerja terdiri daripada kata kerja inti atau kata kerja inti dengan unsur –unsur lain.

Ada lima unsur yang membentuk frasa kerja iaitu :

· Kata bantu aspek dan ragam

· Kata kerja inti ( transitif dan tak transitif )

· Objek

· Pelengkap

· Penerang

Unsur – unsur ini boleh disusun dalam rentetan berikut :

Kata bantu

Kata kerja inti

Pelengkap

Kata kerja transitif

Penerang

Kata kerja tak transitif

objek

Frasa Kerja Tak Transitif

Kata kerja ini boleh menjadi inti frasa dan membentuk frasa kerja

· Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

· Frasa kerja tak transitif berpelengkap


FRASA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh hadir sendiri sebagai inti frasa kerja.

Contohnya :

· Dia berdiri.

· Adik tidur.

· Kakak belajar.

FRASA KERJA TRANSITIF BERPELENGKAP

· Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti hadir dengan perkataan lain

· Perkataan ini dinamai pelengkap

· Tanpa pelengkap frasa kerja itu tidak lengkap maknanya.

· Perkataan yang boleh menjadi pelengkap ialah kata nama,kata sifat atau frasa sendi nama.

Contoh

Dia berhati besi. ( pelengkap kata nama )

Adiknya bertambah pandai. ( pelengkap kata sifat )

Matahari menuju ke barat .(pelengkap frasa sendi )

Tanpa pelengkap makna kata kerja tak transitif yang digunakan tidak lengkap


BEZA PELENGKAP DENGAN PENERANG

· Pelengkap berfungsi melengkapkan frasa kerja. Oleh itu pelengkap tidak

boleh digugurkan

· Penerang hanya berfungsi menerangkan sesuatu perbuatan. Oleh itu

penerang boleh digugurkan .


Frasa Kerja Transitif

· Kata kerja transitif dilakukan oleh kata nama pelaku dan terkena kata nama objek.

· Jadi kata kerja transitif dalam frasa kerja memerlukan satu atau dua kata nama sebagai objek.

· Kata nama boleh digantikan oleh frasa nama.

Ada dua frasa kerja transitif

a) Frasa kerja transitif satu objek

b) Frasa kerja transitif dua objek


FRASA KERJA TRANSITIF DENGAN SATU OBJEK

Contoh frasa kerja transitif satu objek adalah seperti berikut :

· Ibu menanak nasi.

· Mereka menyelesaikan masalah itu.

Ø Kata kerja transitif boleh terbit daripada kata sifat yang menerangkan perasaan.

Ø Kata kerja ini boleh mengugurkan objek yang terdiri daripada ganti nama orang pertama seperti saya, kami, dan kita.

FRASA KERJA TRANSITIF DENGAN DUA OBJEK

  • Ada frasa kerja transitif yang mempunyai 2 objek.
  • Perbuatan kata kerja transitif itu terkena kepada dua kata nama sekaligus.

Contoh :

Emak membelikan adik baju

“Adik” dikenai perbuatan “membelikan” secara tepat dan baju secara sipi.

Oleh itu ‘adik” dipanggil objek tepat dan baju dipanggil objek sipi.

  • Apabila ayat ini dipasifkan,objek tepat akan menjadi subjek.

Adik dibelikan baju oleh emak.


BEZA PELENGKAP DENGAN OBJEK

  • Objek dan pelengkap tidak samas
  • Objek boleh menjadi subjek ayat pasif, tetapi pelengkap tidak boleh

Contoh :

Bapanya menjadi guru

Kata nama “guru” adalah pelengkap. Ia tidak boleh menjadi subjek ayat pasif. Malahan ayat ini tidak boleh dipasifkan langsung.


Rujukan daripada Internet:

http://www.tutor.com.my/stpm/frasa%20kerja/frasa_kerja.htm


Frasa Kerja (FK)

1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.

2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.

3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.

4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja).


Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:

Frasa kerja

Frasa Kerja Transitif

Frasa Kerja Tak Transitif

(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)

Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)

Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada

Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

Frasa kerja tak transitif berpelengap

(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)

Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada

(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)

Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan

tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.


Contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

Subjek

Predikat

Nota

Frasa Nama

Frasa kerja

Kata bantu

Kata kerja

Keterangan

Lelaki itu

sedang

Makan

di atas meja.

maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.

Cikgu

masih

menulis

di papan hitam.

bayi itu

sedang

Merangkak

dengan laju.

Jamal

akan

Dating

esok

Khatib

sedang

Berkhutbah

di surau


Contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek

Predikat

Nota

Frasa nama

Frasa kerja

Kata bantu

Kata kerja

pelengkap

Penerang

Keterangan

Mereka

Akan

pulang

ke rumah

secepat mungkin

dalam minggu ini

pelengkap frasa sendi nama

Ahmad

ingin

menjadi

penyanyi

yang terkenal

di negara ini

pelengkap kata nama

Saya


tinggal

di Klang



Pelengkap frasa sendi nama

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan – rakan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu

Frasa Kerja

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.

Kata kerja tersebut boleh merupakan merupakan kata kerja tak transitif ataukata kerja transitif.


Binaan Frasa Kerja

Terdiri daripada 2 jenis iaitu :-

i. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja tak transitif.

ii. Frasa kerja yang mengandungi objek ,yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja demikian mengandungi kata kerja transitif.

Binaan Frasa Kerja tanpa Objek

· Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

· Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu di sambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.

· Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

· Jika sesuatu ayat aktif tidak dapat dipasifkan , maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan kata kerja transitif dan oleh itu tidak berobjek.

Ada 3 jenis kata kerja tak transitif, iaitu :-

i. Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap

ii. Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya.

iii. Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

Kata Kerja tak Transitif tanpa Pelengkap

1. Kata kerja tak transitif jenis ini tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap

2. Contoh:

· Semua penonton bangun.

· Pokok itu tumbang.

· Mereka semua pulang.

Kata Kerja tak Transitif dengan Pelengkap

1. Kata kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.

2. Unsur –unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidaak boleh dipasifkan.

3. Antara kata kerja tak transitif demikian termasuklah beransur,tinggal,menjadi,berbuat,berbantalkan dan sebagainya.

4. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif demikian boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

i. Kata adjektif sebagai pelengkap

ii. Frasa sendi nama sebagai pelengkap

iii. Kata nama sebagai pelengkap

5. Kata kerja tak transitif kumpulan kata kedua yang boleh diikuti oleh kata nama sebagai pelengkap ialah menjadi, dan ada.

Contoh: Dia menjadi guru.

Orang itu ada harta.

Kata Kerja tak Transitif dengan Kata Nama sebagai Penerang

1. Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan.

2. Kata nama tersebut hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja demikian.

3. Contohnya:

Subjek

Frasa Kerja

Kata Kerja

Penerang

Lelaki itu

Berseluar

jean

Mereka

Bersawah

padi

Keluarganya

Berkedai

kopi


Binaan Frasa Kerja dengan Objek

1. Frasa kerja yang mengadungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya.

2. Ayat –ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek itu boleh dipasifkan menjadi ayat yang mengandungi kata kerja yang dipasifkan.

3. Contohnya :

· Mereka makan ayam goreng itu.

· Ayam goreng itu dimakan oleh mereka

Frasa –frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek terbahagi kepada 2 jenis iaitu

i. Frasa kerja yang mengandungi satu objek.

ii. Frasa kerja yang mengandungi dua objek.

Frasa Kerja dengan Satu Objek

1. Frasa kerja dengan satu objek adalah seperti berikut :

· Saya menjawab surat itu.

· Mesin itu mengepam air.

· Dia tidak mengabaikan tugasnya.

2. Terdapat sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif.

3. Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan.

4. Contohnya :

· Filem itu sungguh menyeramkan (kami).

· Kejadian itu sangat menyedihkan (kita).

· Keputusannya amat menggembirakan (saya)


Frasa Kerja dengan Dua Objek

1. Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu.

2. Objek –objek ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek sipi.

3. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.

4. Objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerjanya.